Powered By Blogger

Jumaat, 13 Julai 2018

Mendaki di Bukit Bangkong Tanah Hitam



Sempat bergambar semasa di Bukit Bangkong


2 bulan yang lepas, aku bersama rakan-rakan menaiki Bukit Bangkong yang terletak di Tanah Hitam, Perak. Memang best pergi kesana, bagus untuk orang seperti aku sebab kerja aku pon ada kaitan dengan mendaki bukit. Sempat juga kami megambil gambar sebagai kenang kenangan semasa di puncak Bukit Bangkong tersebut.



                                   Berehat sebentar sebelum menyambung semula pendakian




                                     Bergambar kenangan semasa di puncak Bukit bangkong




Bukit Bangkong menawarkan beberapa laluan yang menarik kepada pendaki. Ia juga menawarkan laluan alternatif kepada pendaki ( curam serta tidak begitu curam agar mereka dapat memilih laluan yang sesuai untuk diri mereka.


Imej Bukit Bangkong dari bahagian atas


Gua Gunung Keriang



Gua Gunung Keriang


Antara tempat menarik untuk dilawati di Alor Setar ialah Gunung Keriang. Jika anda melawat Muzium Padi, jangan lupa singgah ke Taman Rekreasi Gunung Keriang kerana ia terletak di kawasan berhampiran sahaja. Kawasan perlancongan alam semula jadi ini, merupakan salah sati destinasi yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2016. Tarikan utama Gunung Keriang selain taman rekreasi ialah gua-gua yang terdapat di sini.




Imej bahagian dalam Gua Gunung Keriang


Gua Gunung Keriang adalah gua batu kapur yang menarik untuk dikunjungi pelawat. Antara gua menarik yang ada ialah seperti Gua Terus, Gua Pelamin dan Gua Seribu Bayur. Terdapat batu-batu kristal yang cantik boleh dilihat dalam gua-gua berkenaan. Bagi memudahkan pengunjung yang ingin melawat, sebuah lif setinggi banggunan 7 tingkat telah dibina. Manakala di dalam gua pula terdapat tangga dan laluan bagi memudahkan perjalanan pengunjung.




                                          Struktur batu kapur dalam Gua Gunung Keriang


Selain itu, Gunung Keriang turut menjadi lokasi popular para pendaki gunung. Permandangan menarik sawah padi dari puncak gunung sangat menarik dan memberi kepuasan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Sebelom pulang, pengunjung boleh membeli cenderahati yang diperbuat dari batu-batu kristal gua Gunung Keriang sebagai kenangan.


 
                         Antara batu kristal yang dijual kepada pengunjung Gua Gunung Keriang



Lokasi /  alamat

Gua Gunung Keriang
05150 Alor Setar
Kedah.

Rumah Merdeka di Alor Setar



Rumah Merdeka di Jalan Putra, Alor Setar

Rumah Merdeka telah diambil oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2003 dan pihak Arkib Negara Malaysia telah mengambil daya usaha untuk membaik pulih dan memuliharanya sebagaimana asal ketika didiami oleh Almarhum Tunku.

Keistimewaan utama pameran Rumah Merdeka adalah susun atur rumah ini sendiri. Susun atur yang dipamerkan adalah susun atur asal ketika itu disamping sedikit penambahan bagi disesuaikan dengan konsep pameran yang ingin dipersembahkan kepada orang ramai.

Pameran Rumah Merdeka juga dilengkapkan lagi dengan pemasangan audio visual yang memberi lebih informasi kepda pelawat.

Pada asalnya, tapak rumah ini pernah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda YTM Tunku Abdul Rahman  Putera yang dimahsyurkan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Tanah ini kemudian dihadiahkan kepada Tunku. Semasa pendudukan Jepun iaitu pada tahun 1942, Tunku telah membina sebuah rumah papan di atas tanah ini. Rumah papan ini dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Pada tahun 1953, Tunku telah menyediakan sebuah tapak baru untuk kediaman beliau di mana Tunku mengangkat Rumah Papan yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru berkenaan menjadi tingkat atas rumah baru tersebut.

Pada tahun 1953, rumah ini telah dinamakan sebagai Rumah Merdeka oleh Tunku atas nasihat sahabat-sahabatnya En Senu Abdul Rahman, En Mohd. Khir Johari dan Tan Cheng Locks. Kos membina Rumah Merdeka ini dianggarkan sebanyak RM 20,000. Pada Pilihanraya Umum 1955, 1959,1964 dan 1969, rumah ini menjadi tempat untuk Tunku merancang strategi politik. Selain itu Tunku banyak menghabiskan masa lapangnya untuk melakukakn aktiviti penulisannya. Antaranya Tunku telah menyiapkan skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri.

Pada 27 Mei 1966, " Misi Muhibbah " dari Jakarta yang terdiri darai 20 orang pegawai tentera diketuai oleh Laksamana Muda Laut O.B Sjaaf telah berunding dengan Tunku dirumah ini mengenai isu Konfrontasi. Usaha penamatan Konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 7 Jun 1966 dimana Malaysia diwakili oleh Tun Razak Hussein dan indonesia Adam Malik.


Imej Rumah Merdeka sebelum dan selepas penambahbaikan



Waktu Lawatan

Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang

Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
3.00 petang - 5.30 petang

Sabtu dan Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang

Isnin
Tutup ( kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah )

Muzium Padi di Alor Setar






Muzium Padi di Kedah Darul Aman

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Alor Setar. Tealah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Banggunan berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah banggunan induk dan 6 buah banggunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hampiran hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruhan muzium padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.

Aras 1

Di aras ini pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memekul ( membanting ) padi dan menumbuk padi di sini. Untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat- alat menangkap ikan yang hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu serta tankul disamping boleh mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.


                                                 Ruang dalaman di aras 1 Muzium Padi



Aras 2

Aras ini mengandungi 6 galeri.Gaeleri ini memuatkan lukisan-lukisan yang mengambarkan aktiviti-aktiviti pertanian dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang membuat anda terpesona.
Pada mereka yang ingin menambah pengetahuan, bolehlah menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari. Dari aras 2 ini juga, pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti pesawah seperti mancabut semai, menyulam, membaja dan menuai.


                                                    Ruang dalam di Aras 2 Muzium Padi



Aras 3

Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu msim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak dia atas platform berputar.


                                                 Ruang dalaman di Aras 3 Muzium Padi




Kedai Cenderamata

Berbagai-bagai jenis barangan seperti Baju " T ", alat tulis, kraftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini sebagai buah tangan. Atau pilih saja makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh anak-anak Kedah sendiri. Semuanya disediakan dengan harga yang amat berpatutan.

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohammad



                                            Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Setar, Kedah. Rumah kayu yang beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja. Mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini mengambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.


                              Pandangan sudut Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupon selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.



Ruang dalam Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan  Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Tun Dr. mahathir Mohamad dan saudara maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

                                      


Waktu Lawatan ( MASUK PERCUMA )

Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang

Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
3.00 petang - 5.30 petang

Isnin
Tutup ( kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah )

Menara Alor Setar


                                                             
                                                                 Menara Alor Setar


Di Alor Setar terdapat menara komunikasi setinggi 165.5 meter dan telah menelan belanja 40 juta untuk membinanya. Sudah pasti menara ini menjadi mercu tanda bagi Negeri Kedah dan menjadi salah sebuah tempat menarik di Alor Setar.

Ianya merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar yang tersergam di kaki langit bandar. Menara perhubungan ini merupakan banggunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Terdapat juga Balai Cerap yang terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di kedah.

Menara ini telah menjadi tumpuan para pelancong dalam negara mahupon luar negara. Keindahan menara ini lagi terserlah kerana dikelilingi oleh landskap yang sangat menarik.


                                                     
                                                         Peta Lokasi Menara Alor Setar


Reka Bentuk Menara

Pembinaan menara yang bernilai RM 40 juta ini berunsurkan kepada seni bina tempatan dan moden. Struktur binaanya berasaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.





Keistimewaan Menara

Menara ini juga menjadi menara pemerhati bagi melihat anak bulan yang menandakan permulaan Islam. Dek pemerhatian berada di ketinggian 88 meter dari dasar struktur ini.


Apa Yang Ada Dalam Menara?

Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.


                                            Restoran Bergerak di dalam Menara Alor Setar


Harga Tiket

Warganegara
  •  Dewasa : RM 9.00
  •  Kanak-kanak, Warga emas dan OKU : RM 5.00
  •  Pelajar : RM 9.00
  •  Sekolah Rendah dan Tabika : RM 5.00

Bukan Warganegara
  • Dewasa : RM 16.00
  • Kanak-kanak : RM 9.00
  • Pelajar : RM 11.00
  • Sekolah Rendah dan Tabika : RM 9.00

Waktu Operasi

9.00 a.m sehingga 10.30 p.m 

Masjid Zahir tumpuan pelancong

                                                     Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir atau lebih dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Banggunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir juga merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.


Sejarah Masjid Zahir

Mula dibina pada 22 Rabiuawal 1330H (11 Mac 1912 ) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam ( 1821 ). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijah 133H (15 Oktober 1915 ) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah jumaat sementara baginda sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat jumaat.


                                              Pandangan Masjid Zahir pada waktu malam


Binaan Banggunan Masjid Zahir

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya ( Dewan Solat ) berukuran 62 X 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat satu kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Dibelakang masjid ini, terdapat Kompleks Banggunan Mahkhamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Banggunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan tanda mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat banggunan tumpuan pelancong seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Blai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka dan Menara Alor Setar.


                                                       Sudut dalaman Masjid Zahir



                                                     Pintu utama dalam Masjid Zahir






Puteri kesayangan abah



                                         
                                            Wajah Ariana semasa 2 hari dilahirkan

Pada tanggal 12 Disember 2016, aku menjadi insan yang paling gembira kerana menyambut seorang cahaya mata perempuan dan menjadi seorang abah. Alhamdulillah puteri sulong ku dilahirkan dengan penuh sifat dan normal. Dengan berat 3.26 kilogram, aku menemani dan menyambut kedatangan puteri sulong ku bersama-sama isteri di dalam bilik bersalin Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Segala kesakitan dan penderitaan seorang ibu melahirkan anak begitu menyentuh jiwaku. Terpaksa menyabung nyawa demi melahirkan zuriat kami .
Nur Ariana Falisha binti Mohd Farid, Itulah nama puteri sulong kami. Kini, Ariana telah berusia 1 tahun 7 bulan dan menjadi puteri kesayangan abah dan juga ibu. Ariana seorang yang manja dan benar seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa, anak perempuan lebih manja bersama
abah.

                                           
                                                     Ariana semasa berusia 3 bulan

                                                                                
Kedatangan Ariana dalam hidup ku, benar-benar telah merubah hidup kami. Puteri sulong ini telah mengajar ku erti cekal, berusaha gigih mencari nafkah, mengajar erti sabar serta lebih matang dalam menjadi ketua keluarga. Ku harapkan puteri sulong ku ini bakal menjadi seorang anak yang berjasa kepada ibu dan juga abah serta bakal menjadi kakak yang baik kepada adik yang bakal lahir pada bulan November 2018.
                                              
                                                       Ariana semasa berusia 6 bulan

                                             
Wajah terkini Nur Ariana Falisha Binti Mohd Farid

Khamis, 12 Julai 2018

Keluarga KecilKu



Di sebelah kanan ku, adalah dua insan yang menjadi tulang belakang setiap kejayaan dan pengorbanan diriku ini. Insan yang kumaksudkan ini lain dan tidak bukan adalah isteri tersayang yang bernama Najjuwa binti Mohd A'sri dan anak perempuan kesayangan ku yang bernama Nur Ariana Falisha binti Mohd Farid.

Aku selalu bersyukur dan merasa bahagia hidup bersama keluarga kecilku. Meskipun tidak sesempurna kehidupan orang lain yang telah memiliki segalanya, aku anggap apa yang aku miliki lebih dari cukup. Harapanku adalah keluarga kecilku dapat menikmati hidup yang sempurna. Semua ini kuharapkan kerana aku sangat menyayangi mereka bahkan melebihi dari diriku sendiri.

Sebagai ketua keluarga, aku harus membimbing keluarga, namun sebelum itu aku harus menunjukkan tauladan yang baik untuk mereka.Hidup ini terlalu singkat jika diguanakan untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

Untuk keluarga kecilku yang aku cintai, aku harap kita semua dapat jalani hidup dengan bahagia untuk selamanya walau apa pun yang terjadi..InsyaAllah , aminn😊





Maklumat Peribadi




Mohd Farid bin Shah Bani

No Matrik : 257443


Mohd farid, dilahirkan pada 2 November 1987 di Hospital Besar Alor setar. Merupakan anak    sulong  daripada 4 orang adik beradik. Dibesarkan di Kampung Alor Janggus, semestinya kampung yang penuh dengan sawah padi di pinggiran Bandaraya alor setar.Seorang insan yang berjiwa kental dan gigih dalam apa saja urusan yang dilakukan.Insan yang bertuah ini, tidak terkecuali dariapada merasai keseronokan hidup di kampung seperti aktiviti menangkap ikan di dalam bendang (sawah padi), mandi sungai serta melastik burung. Kehidupan di kampung banyak mengajar erti hidup berdikari dan cekal dalam apa saja perkara yang dilakukan.

Berkahwin pada tanggal 11 March 2016 bersama seorang insan yang bernama Nurul Najjuwa binti Mohd A'sri dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Ariana Falisha Binti Mohd Farid.

Kini, kami sekeluarga telah menetap di Briged Utara, Ulu Kinta, perak dan saya bertugas sebagai anggota keselamatan Pasukan Gerakan Am.

Hobi : Bermain bola, badminton, menonton wayang dan lain-lain lagi. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan hasil dari nukilan saya ini....terima kasih







http://mohdfaridPGA.blogspot.com