Powered By Blogger

Jumaat, 13 Julai 2018

Gua Gunung Keriang



Gua Gunung Keriang


Antara tempat menarik untuk dilawati di Alor Setar ialah Gunung Keriang. Jika anda melawat Muzium Padi, jangan lupa singgah ke Taman Rekreasi Gunung Keriang kerana ia terletak di kawasan berhampiran sahaja. Kawasan perlancongan alam semula jadi ini, merupakan salah sati destinasi yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2016. Tarikan utama Gunung Keriang selain taman rekreasi ialah gua-gua yang terdapat di sini.




Imej bahagian dalam Gua Gunung Keriang


Gua Gunung Keriang adalah gua batu kapur yang menarik untuk dikunjungi pelawat. Antara gua menarik yang ada ialah seperti Gua Terus, Gua Pelamin dan Gua Seribu Bayur. Terdapat batu-batu kristal yang cantik boleh dilihat dalam gua-gua berkenaan. Bagi memudahkan pengunjung yang ingin melawat, sebuah lif setinggi banggunan 7 tingkat telah dibina. Manakala di dalam gua pula terdapat tangga dan laluan bagi memudahkan perjalanan pengunjung.




                                          Struktur batu kapur dalam Gua Gunung Keriang


Selain itu, Gunung Keriang turut menjadi lokasi popular para pendaki gunung. Permandangan menarik sawah padi dari puncak gunung sangat menarik dan memberi kepuasan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Sebelom pulang, pengunjung boleh membeli cenderahati yang diperbuat dari batu-batu kristal gua Gunung Keriang sebagai kenangan.


 
                         Antara batu kristal yang dijual kepada pengunjung Gua Gunung Keriang



Lokasi /  alamat

Gua Gunung Keriang
05150 Alor Setar
Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan