Powered By Blogger

Jumaat, 13 Julai 2018

Masjid Zahir tumpuan pelancong

                                                     Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah

Masjid Zahir atau lebih dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Banggunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir juga merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.


Sejarah Masjid Zahir

Mula dibina pada 22 Rabiuawal 1330H (11 Mac 1912 ) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam ( 1821 ). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijah 133H (15 Oktober 1915 ) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah jumaat sementara baginda sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat jumaat.


                                              Pandangan Masjid Zahir pada waktu malam


Binaan Banggunan Masjid Zahir

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya ( Dewan Solat ) berukuran 62 X 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat satu kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Dibelakang masjid ini, terdapat Kompleks Banggunan Mahkhamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Banggunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan tanda mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat banggunan tumpuan pelancong seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Blai Nobat, Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka dan Menara Alor Setar.


                                                       Sudut dalaman Masjid Zahir



                                                     Pintu utama dalam Masjid Zahir






Tiada ulasan:

Catat Ulasan