Powered By Blogger

Jumaat, 13 Julai 2018

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohammad



                                            Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Setar, Kedah. Rumah kayu yang beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja. Mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini mengambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.


                              Pandangan sudut Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupon selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.



Ruang dalam Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan  Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Tun Dr. mahathir Mohamad dan saudara maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

                                      


Waktu Lawatan ( MASUK PERCUMA )

Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang

Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
3.00 petang - 5.30 petang

Isnin
Tutup ( kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan