Powered By Blogger

Jumaat, 13 Julai 2018

Muzium Padi di Alor Setar






Muzium Padi di Kedah Darul Aman

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Alor Setar. Tealah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435. Banggunan berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah banggunan induk dan 6 buah banggunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hampiran hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruhan muzium padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.

Aras 1

Di aras ini pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan pesawahan tradisional seperti anak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain. Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memekul ( membanting ) padi dan menumbuk padi di sini. Untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat- alat menangkap ikan yang hampir pupus antaranya sepila, tuar, bubu serta tankul disamping boleh mengenali ikan-ikan seperti sepat, puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.


                                                 Ruang dalaman di aras 1 Muzium Padi



Aras 2

Aras ini mengandungi 6 galeri.Gaeleri ini memuatkan lukisan-lukisan yang mengambarkan aktiviti-aktiviti pertanian dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang membuat anda terpesona.
Pada mereka yang ingin menambah pengetahuan, bolehlah menonton dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari. Dari aras 2 ini juga, pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti pesawah seperti mancabut semai, menyulam, membaja dan menuai.


                                                    Ruang dalam di Aras 2 Muzium Padi



Aras 3

Dengan menaiki 59 anak tangga, pengunjung boleh sampai ke puncak Gunung Keriang. Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman pada satu msim dalam bentuk mural dan lanskap. Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan terletak dia atas platform berputar.


                                                 Ruang dalaman di Aras 3 Muzium Padi




Kedai Cenderamata

Berbagai-bagai jenis barangan seperti Baju " T ", alat tulis, kraftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini sebagai buah tangan. Atau pilih saja makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh anak-anak Kedah sendiri. Semuanya disediakan dengan harga yang amat berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan