Powered By Blogger

Jumaat, 13 Julai 2018

Rumah Merdeka di Alor Setar



Rumah Merdeka di Jalan Putra, Alor Setar

Rumah Merdeka telah diambil oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2003 dan pihak Arkib Negara Malaysia telah mengambil daya usaha untuk membaik pulih dan memuliharanya sebagaimana asal ketika didiami oleh Almarhum Tunku.

Keistimewaan utama pameran Rumah Merdeka adalah susun atur rumah ini sendiri. Susun atur yang dipamerkan adalah susun atur asal ketika itu disamping sedikit penambahan bagi disesuaikan dengan konsep pameran yang ingin dipersembahkan kepada orang ramai.

Pameran Rumah Merdeka juga dilengkapkan lagi dengan pemasangan audio visual yang memberi lebih informasi kepda pelawat.

Pada asalnya, tapak rumah ini pernah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda YTM Tunku Abdul Rahman  Putera yang dimahsyurkan sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Tanah ini kemudian dihadiahkan kepada Tunku. Semasa pendudukan Jepun iaitu pada tahun 1942, Tunku telah membina sebuah rumah papan di atas tanah ini. Rumah papan ini dikenali sebagai Rumah Jalan Baru. Pada tahun 1953, Tunku telah menyediakan sebuah tapak baru untuk kediaman beliau di mana Tunku mengangkat Rumah Papan yang dikenali sebagai Rumah Jalan Baru berkenaan menjadi tingkat atas rumah baru tersebut.

Pada tahun 1953, rumah ini telah dinamakan sebagai Rumah Merdeka oleh Tunku atas nasihat sahabat-sahabatnya En Senu Abdul Rahman, En Mohd. Khir Johari dan Tan Cheng Locks. Kos membina Rumah Merdeka ini dianggarkan sebanyak RM 20,000. Pada Pilihanraya Umum 1955, 1959,1964 dan 1969, rumah ini menjadi tempat untuk Tunku merancang strategi politik. Selain itu Tunku banyak menghabiskan masa lapangnya untuk melakukakn aktiviti penulisannya. Antaranya Tunku telah menyiapkan skrip filem Raja Bersiong dan Mahsuri.

Pada 27 Mei 1966, " Misi Muhibbah " dari Jakarta yang terdiri darai 20 orang pegawai tentera diketuai oleh Laksamana Muda Laut O.B Sjaaf telah berunding dengan Tunku dirumah ini mengenai isu Konfrontasi. Usaha penamatan Konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 7 Jun 1966 dimana Malaysia diwakili oleh Tun Razak Hussein dan indonesia Adam Malik.


Imej Rumah Merdeka sebelum dan selepas penambahbaikan



Waktu Lawatan

Selasa hingga Khamis
10.00 pagi - 5.30 petang

Jumaat
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
3.00 petang - 5.30 petang

Sabtu dan Ahad
10.00 pagi - 5.30 petang

Isnin
Tutup ( kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan